Saturday, April 12, 2008

Sibu Town


Ini merupakan sebahagian daripada pemandangan bandar Sibu yang bersih lagi cantik. Bagi pelawat yang pertama kali melawat Sibu, jangan lupa menikmat mee "Kampua" Sibu yang memang terkenal di kalangan orang-orang Foochow. Malah hari ini, terdapat juga mee "Kampua" halal yang dibuat oleh pengusaha-pengusaha gerai makanan orang Islam. Selamat Menjamu Selera.

Tuesday, April 1, 2008

TERMINAL BOAT EXPRESS SIBU


Pengangkutan dengan menggunakan boat express masih banyak digunakan di bandar Sibu hari ini. Boat express masih digunakan dengan meluas terutama untuk ke Bandar Kapit dan pekan Belaga menyusuri Sungai Rajang.

Friday, March 28, 2008

Funny Driver

Just watch this short video clip to release tension.
video

Thursday, March 27, 2008

Tokong Tertua Di Bandar Sibu


Ini merupakan Tokong tertua yang terdapat di Bandar Sibu. Ia telah diberi wajah baru tidak lama dulu. Tokong ini dipercayai berusia lebih daripada 100 tahun. Masyarakat Cina yang kebanyakan mendiami bandar Sibu membina rumah ibadat ini di tepi Sungai Rajang yang juga dikenali sebagai sungai yang terpanjang di Malaysia.

Beautiful Sibu Town


Ini adalah salah satu gambar tempat-tempat menarik yang terdapat di bandar Sibu, Sarawak. Bandar Sibu merupakan bandar ketiga besar di Bumi Kenyalang selepas bandaraya Kuching dan bandaraya Miri. Bandar ini terletak kira-kira 400 km dari bandaraya Kuching. Bandar ini boleh dihubungi dengan pengangkutan udara, darat dan laut dari bandaraya Kuching. Di sebelah utara Sibu pula terletak bandaraya minyak Miri yang juga terletak kira-kira 400 km dari Sibu.

Wednesday, March 26, 2008

Benak Di Sarawak


Inilah gambar benak yang terdapat di bandar Sri Aman, Sarawak. Tiap-tiap tahun bandar ini menganjurkan Pesta Benak yang berjaya menarik puluhan ribu pelancong asing dan luar negara ke tempat ini untuk menyaksikan benak. Sri Aman merupakan satu-satunya tempat di Sarawak malah di Malaysia yang mempunyai benak.

Tuesday, March 25, 2008

Pemandangan Tepi Pantai Sarawak

Inilah salah satu pemandangan tepi pantai yang terdapat di Negeri Sarawak. Nama tempat ini ialah Kabong berdekatan dengan Pekan Sarikei